Friday 14 March 2014

Belajar ACCA di UiTM!

Assalamualaikum..
Fuhh,, entri pertama yang ditulis dalam blog ni. Idea mencurah-curah, tapi disebabkan blog saya ni tiada pengikut kesuntukan masa, jadi first entri ni berkait dengan pelajaran dulu lah. Khusus untuk adik-adik yang baru habis SPM tu, yang ada minat mendalam dalam bidang perakaunan..

Baik, biasanya budak-budak sekolah yang ada hasrat nak jadi akauntan, mesti mereka akan fikir, keluar je keputusan SPM, nak mohon matrik, masuk diploma, masuk asasi perakaunan. Jarang-jarang yang terfikir nak belajar ACCA, nak-nak yang sekolah pedalaman sikit (saya dulu pun kat hujung dunia tau sekolahnya! :P). Mari kita kenal dulu apa dia ACCA ni.

ACCA- Association of Chartered Certified Accountants. ACCA ni satu kos yang asalnya dari United Kingdom. Berbeza dengan ijazah sarjana muda perakaunan biasa, ACCA ni lebih meluas skop belajarnya, dan kelulusan ACCA ni diterima di kebanyakan negara seluruh dunia.

Kalau nak belajar ACCA di UiTM lepas habis SPM, korang kena lah masuk Foundation dulu. Foundation dia pun ada nama yang istimewa, iaitu.. jeng jeng jeng.. CAT (Certified Accounting Technician). Yang seronoknya, lepas habis je program CAT ni, korang boleh konvo terus tau. Konvo, ala.. Konvo tu ler.. Naik pentas, salam Pro-Canselor dan kemudian dapat skrol. Best!

Kenangan masa konvokesyen UiTM ke-79.. Hik3..

 Masa CAT ni, kita akan ada 10 paper, sape yang terer akaun masa sekolah dulu (sekurang-kurangnya dapat A-), akan dapat exemption untuk paper pertama. Dan untuk 3 paper terakhir, korang kena pilih 2 subjek saja daripada 3 pilihan paper tersebut. Nak audit ke, tax ke, tak pun finance. CAT ni senang je, satu tahun pun boleh complete dah. Yang sedih sikit, keputusan ACCA ni keluar lambat. Dalam bulan kedua lepas bermula semester baru. Kalau ada paper CAT yang belum lepas, kena lah repeat walaupun semata-mata satu paper saja.. Oh ya, hampir semua paper CAT ni computer-based exam. Maknanya, korang boleh repeat banyak kali, asalkan ada ongkos ye.. Hehehe.

Dan.. Lepas tu, bila dah lepas semua paper, bolehlah masuk ACCA. Ada 11 paper kesemuanya. 6 fundamental paper, 5 professional paper. Format akan bertukar 7 tahun sekali, dan baru nak tukar lagi start exam sesi December 2014. 

Bagi yang nak masuk dari Diploma Perakaunan, atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, korang akan dapat beberapa exemption untuk paper tertentu. Sebab tu katanya lebih digalakkan mohon ACCA lepas degree, sebab kononnya lebih mudah. Ye ke tidak, Wallahua'klam...

Dan UiTM antara institusi yang menawarkan kos ACCA di Malaysia. Bagi yang kurang mampu, boleh mohon UiTM lah. Yang gila bapak kaya, mohonlah Sunway University ke, KPTM ke.. Yang paling best bila belajar ACCA kt UiTM ni, tak perlu assignment yang berlambak, tak perlu carry-carry mark bagai. Tapi kenala buat latihan banyak-banyak kalau tak mahu fail ye.. :) Dan kalau keputusan bagus, UiTM akan bagi study grant untuk bayar yuran exam. Ni paling best. Yuran ACCA mahal kut, yang terbaru saya kena bayar GBP 93 untuk setiap paper. Fuhh.. UiTM sentiaaaasaa di hatiku.. Hahaha..

Cukuplah dulu. Nak belajar apa-apa pun boleh, asalkan kena usaha sungguh-sungguh ye. Jangan menyimpang niat asal kita tu. Semoga berjaya untuk adik-adik yang nak dapat keputusan SPM 2013 tak lama lagi! :D