Friday 14 March 2014

Belajar ACCA di UiTM!

Assalamualaikum..
Fuhh,, entri pertama yang ditulis dalam blog ni. Idea mencurah-curah, tapi disebabkan blog saya ni tiada pengikut kesuntukan masa, jadi first entri ni berkait dengan pelajaran dulu lah. Khusus untuk adik-adik yang baru habis SPM tu, yang ada minat mendalam dalam bidang perakaunan..

Baik, biasanya budak-budak sekolah yang ada hasrat nak jadi akauntan, mesti mereka akan fikir, keluar je keputusan SPM, nak mohon matrik, masuk diploma, masuk asasi perakaunan. Jarang-jarang yang terfikir nak belajar ACCA, nak-nak yang sekolah pedalaman sikit (saya dulu pun kat hujung dunia tau sekolahnya! :P). Mari kita kenal dulu apa dia ACCA ni.

ACCA- Association of Chartered Certified Accountants. ACCA ni satu kos yang asalnya dari United Kingdom. Berbeza dengan ijazah sarjana muda perakaunan biasa, ACCA ni lebih meluas skop belajarnya, dan kelulusan ACCA ni diterima di kebanyakan negara seluruh dunia.

Kalau nak belajar ACCA di UiTM lepas habis SPM, korang kena lah masuk Foundation dulu. Foundation dia pun ada nama yang istimewa, iaitu.. jeng jeng jeng.. CAT (Certified Accounting Technician). Yang seronoknya, lepas habis je program CAT ni, korang boleh konvo terus tau. Konvo, ala.. Konvo tu ler.. Naik pentas, salam Pro-Canselor dan kemudian dapat skrol. Best!

Kenangan masa konvokesyen UiTM ke-79.. Hik3..

 Masa CAT ni, kita akan ada 10 paper, sape yang terer akaun masa sekolah dulu (sekurang-kurangnya dapat A-), akan dapat exemption untuk paper pertama. Dan untuk 3 paper terakhir, korang kena pilih 2 subjek saja daripada 3 pilihan paper tersebut. Nak audit ke, tax ke, tak pun finance. CAT ni senang je, satu tahun pun boleh complete dah. Yang sedih sikit, keputusan ACCA ni keluar lambat. Dalam bulan kedua lepas bermula semester baru. Kalau ada paper CAT yang belum lepas, kena lah repeat walaupun semata-mata satu paper saja.. Oh ya, hampir semua paper CAT ni computer-based exam. Maknanya, korang boleh repeat banyak kali, asalkan ada ongkos ye.. Hehehe.

Dan.. Lepas tu, bila dah lepas semua paper, bolehlah masuk ACCA. Ada 11 paper kesemuanya. 6 fundamental paper, 5 professional paper. Format akan bertukar 7 tahun sekali, dan baru nak tukar lagi start exam sesi December 2014. 

Bagi yang nak masuk dari Diploma Perakaunan, atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, korang akan dapat beberapa exemption untuk paper tertentu. Sebab tu katanya lebih digalakkan mohon ACCA lepas degree, sebab kononnya lebih mudah. Ye ke tidak, Wallahua'klam...

Dan UiTM antara institusi yang menawarkan kos ACCA di Malaysia. Bagi yang kurang mampu, boleh mohon UiTM lah. Yang gila bapak kaya, mohonlah Sunway University ke, KPTM ke.. Yang paling best bila belajar ACCA kt UiTM ni, tak perlu assignment yang berlambak, tak perlu carry-carry mark bagai. Tapi kenala buat latihan banyak-banyak kalau tak mahu fail ye.. :) Dan kalau keputusan bagus, UiTM akan bagi study grant untuk bayar yuran exam. Ni paling best. Yuran ACCA mahal kut, yang terbaru saya kena bayar GBP 93 untuk setiap paper. Fuhh.. UiTM sentiaaaasaa di hatiku.. Hahaha..

Cukuplah dulu. Nak belajar apa-apa pun boleh, asalkan kena usaha sungguh-sungguh ye. Jangan menyimpang niat asal kita tu. Semoga berjaya untuk adik-adik yang nak dapat keputusan SPM 2013 tak lama lagi! :D


26 comments:

  1. Salam kak. Mcm mana eh nak apply cat kat uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm rasanya kalau x silap, kena buka website uitm kut, ada link utk isi borang utk interview masuk cat. Kena beli no pin bsn jugak sblm tu rasanya. Akak pun x sure sbb dulu mintak guna loan mara, so mara yg uruskan semua. Cuba check dkt website uitm ya, ada ke xde. Sorry dik vague answer :(

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Assalamualaikum, maaf nak tanya, kalau Acca di uitm ni perlu apply under Upu ke? Btw thank you good information

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, maaf nak tanya, kalau Acca di uitm ni perlu apply under Upu ke? Btw thank you good information

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak,klu nak ambil CAT-ACCA kat UiTM,yuran ditanggung sendiri ka?

    ReplyDelete
  5. Waalaikummusalam.. nurul afiqah di uitm dah tak ada courses CAT ni. Telah beralih le INTEC.

    ReplyDelete
  6. wsalam....bukan...takda dlm upu...kne beli pin kt bsn under uitm-professional....ni lain

    ReplyDelete
  7. eh ada lah awak.....kne cari kt entry uitm..

    ReplyDelete
  8. Kalau amek acca dekat uitm boleh apply scholar apa eh?

    ReplyDelete
  9. Kak saye dpt CAT UITM nak tau pakai ape mase belaja??
    Emel . nurulwahida417@gmail

    ReplyDelete
  10. uitm di mana eih bljr ACCA ni

    ReplyDelete
  11. salam sis,
    anak sy MRSM, nak buat CAT, kalau nak apply guna loan mara, mcm mana procedure nya.. anak SPM tahun ni.. tolong sis beri penjelasan. tkasih

    ReplyDelete
  12. salam sis. saya dapat schollar tuk acca. saya lepasan diploma. saya nak masuk acca. tp takut since ramai kata susah. sis okay ke study ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, baru perasan ada lagi yg reply posting lama ni haha. Saya sampai skrg x habis lagi. Yup, ACCA mmg susah. Ramai yg kandas, tp ramai juga yg lepas. Kena usaha sungguh² ye :)

      Delete
  13. Akak boleh ke nak ambik acca lepas stam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh je. Tapi exemption paper x banyak kalau x silap. Boleh cuba masuk website uitm/intec kalau nk check.

      Delete
  14. Assalamualaikum...
    Saya nk tnya, bayaran bg acca uitm ni mcm mana? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  15. Alhamulillah baru selesai hantar anak ke uitm shah alam. Pengajian 5thun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya puan, puan mintak pakai trial SPM ke? Just asking, sbb ada seorang kenalan di fb kata anak dia masuk pakai trial je. Tul ke?

      Delete
  16. Salam nak tanya bila intake for cat acca ni ehh? Apa syarat kelayakan dia n fees dia camana? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  17. hello , i dont know u will reply to my comment or not or whoever saw this , let me know how much cost for cat at uitm?

    ReplyDelete
  18. Hai sis skrg awak day hbis ACCA ke

    ReplyDelete
  19. Haii . Found this on 2020 hehehe. So gais saja nak share. Sape ii yg berminat nak amik cat secara percuma bole email sy or dm kt ig @cik.syf okay nnti sy bantu. Srs percuma sebab sy pun amik cat jugak. Yg mana tak berkemampuan dan bumiputra , serius sy galakkan. Tapi bukan kat uitm la heee

    ReplyDelete
  20. Saya nak tnya, berapa agak² total bayaran untuk pengajian acca di uitm ye? Utk 11 papers? . Tks

    ReplyDelete